TV3 - Anugerah Skrin 2009 Contest

TITLE: [PURCHASE+SMS+QUIZ+SLOGAN] TV3 - Anugerah Skrin 2009 Contest
PRIZE: 2 tiket eksklusif ke Anugerah Skrin 2009 bertaraf VIP (ASK 2009) serta akses ke Pantene Lounge
DEADLINE: 21 Nov 2009 pada jam 23.59
WEBSITE/URL: http://www.tv3.com.my
DESCRIPTION:
#
TV3 & Pantene menjemput anda untuk menyertai Peraduan Anugerah Skrin 2009 tajaan Pantene bersama Carrefour.
#
Setiap sepuluh penyertaan yang betul akan layak ke pusingan kedua di mana mereka akan dimaklumkan dan
kemudian diminta menjawab soalan "Kenapa saya layak memenangi tiket eksklusif ke ASK 2009" dengan cara yang paling kreatif.
#
Hanya 50 jawapan terbaik akan memenangi tiket eksklusif ke acara tersebut.
#
Penyertaan dibuka dari 18 Oct hingga 21 Nov sahaja
TEMPOH PENYERTAAN (Participation Period)
#
Peserta boleh mendaftar *dari 18 Oct 2009 pada jam 00.01 hingga 21 Nov 2009 pada jam 23.59. *mengikut terma & syarat.
SYARAT PENERIMAAN (Condition Acceptance)
#
Setiap peserta dikehendaki mematuhi segala terma dan syarat penyertaan sebagaimana tertakluk di bawah undang-undang Malaysia dan peserta
mestilah bertaraf warganegara Malaysia.
#
Peserta mestilah berumur 18 tahun keatas.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN (Participation Eligibility)
Setiap peserta dikehendaki mengemukakan resit pembelian sah untuk melayakkan diri menyertai peraduan ini.
Penyertaan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja.
Untuk menyertai, peserta dikehendaki mendaftar dan mengemukakan butir-butir peribadi (nama dan No kad pengenalan) melalui SMS. Hantar ASKPANTENE ke 33399. Pada 18 October 2009, permohonan yang telah dihantar akan dikumpulkan. Setiap permohonan akan dimasukkan ke
dalam sistem pengkalan data. Pihak Pantene berhak menggunakan atau berkongsi data tersebut bersama rakan-niaga Pantene atau mana-mana
syarikat berkaitan bagi tujuan produk dan promosi.
Untuk makluman lebih lanjut, sila layari polisi kami di http://www.pg.com/pr...acy_notice.html
Jika peserta memilih tidak menghantar butir peribadi di dalam sistem,ini bermakna peserta tidak berniat menyertai peraduan ini.
Kakitangan,pekerja pihak penganjur ,Procter & Gamble (termasuk ahli keluarga terdekat,ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau pihak
promosi tidak layak menyertai peraduan ini)
CARA PENYERTAAN (How to participate)
Peserta dikehendaki mendaftar untuk menyertai peraduan melalui SMS, taip ASKPANTENE dan hantar ke 33399 dengan mengikut arahan yang
diberi dengan menghantar 1 jawapan betul.
Setiap peserta hanya layak mendaftar dengan setiap resit sah pembelian.
Satu resit untuk setiap penyertaan.
PEMILIHAN PEMENANG (The Selection of Winners)
Pemilihan berdasarkan kepada setiap sepuluh penyertaan yang betul akan layak ke pusingan kedua di mana mereka akan
dimaklumkan dan kemudian diminta menjawab soalan :Kenapa saya layak memenangi tiket ke ASK 2009 dengan cara yang paling kreatif.
Hanya 50 jawapan terbaik akan memenangi tiket eksklusif ke acara tersebut.
Hanya 20 pemenang dengan slogan terbaik akan memenangi 2 tiket eksklusif ke Anugerah Skrin 2009 bertaraf VIP (ASK 2009)
serta akses ke Pantene Lounge. Sementara 30 pemenang sagu hati akan memenagi 2 tiket eksklusif ke Anugerah Skrin 2009 SAHAJA.
Pemenang akan dihubungi oleh P&G dan/atau pihak penganjur di minggu 27 Nov dan boleh mengambil tiket di pejabat P&G atau
penghantaran hadiah melalui pos. Resit sah pembelian di perlukan untuk pengesahan pemenang.
Tiket tidak boleh dipindah milik atau ditukar nilai kepada wang tunai.
Pantene berhak menukar/meminda terma & syarat tanpa perlu memberi sebarang makluman.
HAK-HAK PENGANJUR (The Condition of Participation)
Pantene tidak akan bertanggunjawab terhadap kelewatan, kehilangan, kesilapan komunikasi, pencerobohan data, serangan virus sama ada
dalam bentuk perisian ataupun perkakasan dan sebab-sebab lain terhadap permohonan yang tidak berjaya.
Jika terdapat sebarang gangguan terhadap promosi samada serangan virus, kegagalan rangkaian system, penipuan, pencerobohan system
rangkaian tanpa izin atau mana-mana kegagalan teknikal yang diluar jangkaan pihak Pantene yang memberi kesan terhadap pengurusan,
keselamatan, menilai dan mengawal promosi ini, pihak Pantene berhak membatalkan atau menggantung promosi tersebut dan perdaftaran
tersebut akan dikira terbatal.
Mengawal rangkaian telekomunikasi adalah diluar bidang kuasa pihak Pantene.Dengan itu pihak Pantene tidak akan bertanggungjawab terhadap
masalah telekomunikasi seperti talian rangkaian penuh yang mana menyebabkan kegagalan SMS dan juga lain-lain kegagalan teknikal.
Pihak pantene tidak bertanggungjawab terhadap kesilapan dari pihak peserta dan juga perbelanjaan yg telah ditanggung peserta. (tiada had)
Setiap data yang dihantar (termasuk nama, nombor telefon, dan no pengenalan diri) dikira hak milik pihak Pantene, yang mana pihak Pantene
berhak menggunakan data tersebut untuk mana-mana promosi di waktu akan datang.
Sunday, November 01, 2009
|
Labels:
TV contest
|
0 comments:
Post a Comment